Ni nak share tips beli durian. Sekarang ni durian main kilo korang silap beli rugi la duit dalam dompet korang melayang...
Tips-Tipsnya :
1. Bentuk bulat
Durian yang bentuk bulat ni isi lebih banyak berbanding yang bentuk lonjong.
2. Berat durian
Makin ringan durian tu, makin banyak la isi dia. Ni dia kalau ada yang sama saiz, korang amik yang mana lebih ringan.
3. Tangkai
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai tak payah beli. Tekan juga dengan kuku nak tengok sama ada tangkai lama atau baru.
4. Duri
Pilih duri yang pendek dan jarang untuk isi yang padat.
5. Bau
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
6. Juring
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
7. Kulit
Pilih durian yang belum dikopek atau merekah kulitnya. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya busuk.
No comments:
Post a Comment