Korang tahu tak nama Bukit Chandan ni asal dari seekor gajah??? Gajah ini kepunyaan Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah iaitu sultan perak ke-27.
Dijadikan cerita satu hari Kulup Chadan nama gajah tu telah lari. Raja Idris dengan hulubalang cari la Kulup Chadan tu sampai la ke kaki gunung bubu.
Tengah-tengah cari Raja Idris terjumpa sorang orang tua jubah putih. Orang tua tu pun sembah dan berkata yang "Tuanku bakal jadi Sultan Perak. Bila telah ditabalkan Tuanku besemayam la di atas bukit Batang Hari dan lepaslah gajah bernama Kulup Chandan itu selepas 7 hari Tuanku ditabal menjadi Sultan".
Bila Raja Idris ditabal menjadi Sultan Perak ke-28, Sultan Idris I pun menunaikan pesanan orang tua dulu. Jadi 29 Julai 1887 hari pertabalan Sultan Idris I, bermulalah nama Bukit Chandan di sekitar istana rasmi Sultan Perak.
No comments:
Post a Comment